SEJARAH SMK LIBARAN
SMK Libaran mula beroperasi pada tahun 2000. Nama SMK Libaran diambil semperna nama Parlimen Libaran. Sekolah yang diasaskan oleh Encik Moktada bin Haji Kamaruddin ini terletak kira-kira 36 km dari pusat bandar Sandakan .
Objektif penubuhan SMK Libaran adalah untuk memberi kemudahan pendidikan menengah kepada pelajar-pelajar yang tinggal di kawasan berdekatan seperti Kg Padas, Kg. Sebait, Kg Dandulit dan lain-lain. Antara ‘feeder school’ yang awal untuk sekolah ini ialah SK Sungai Padas dan sekolah-sekolah berhampiran dengannya.
SMK Libaran berkongsi bangunan sekolah dengan SK Sungai Padas sejak ditubuhkan hingga ke hari ini. SK Sungai Padas beroperasi pada sesi pagi manakala SMK Libaran pada sesi petang. Pada hari ini, sekolah dilengkapi dengan 4 blok bangunan kelas, bilik guru, pejabat, pusat sumber, bilik kaunseling, dewan terbuka, kantin sekolah dan padang permainan.
Penubuhan sekolah ini telah membantu penduduk-penduduk berpendapatan sederhana untuk mengurangkan kos pembelajaran anak-anak mereka terutamanya kos pengangkutan. Selain itu, sekolah ini juga merupakan salah satu alternatif pembangunan di kawasan luar bandar.